Keterikatan pada Allah dan Keluarga.. Siapa yang Utama?

Sebatikan dirimu dengan tarbiyyah dan da’wah, baru sebatikan dirimu dengan dia….

Sehingga ke hari ini, aku masih lagi bersyukur tiada henti kerana Allah sentiasa mengurniakanku segala yang baik-baik belaka. Walaupun di sekolah menengah dahulu, Englishku tak pernah melepasi C, interview dengan MARA juga semuanya dalam bahasa Inggeris, tapi aku tetap juga dipilih oleh Allah ke bumi kangaroo, Australia

Tempat dimana, kali pertama aku disentuh oleh tarbiyyah Allah, memahami da’wah sehingga sekarang, masih belajar dan terus belajar. Di sana, Allah tak pernah membuatku gundah gulana dengan adanya Islam. Memudahkan urusan pembelajaranku hingga tak pernah perlu reseat paper atau reseat year… Rasa bangga menjadi seorang Muslim di tanah air bukan Islam. Dipermudahkan hatiku untuk tetap melaksanakan perintah-perintahNya, dicenderungkan hatiku untuk terikat dengan tarbiyyah dan da’wah

Dipertemukan dan disatukan hidupku dengan suamiku, seorang yang sangat baik padaku, sangat santun dalam melayanku, ingin sekali sentiasa menjadikan impianku satu kenyataan… Seorang anak yang sangat comel, cukup sifat dan qurrata’ayun kepada kami.

Hari ini, aku terpanggil untuk menulis sedikit bagaimana kebanyakan ikhwah/akhowat rata-rata yang kepingin untuk berkahwin, terasa lambatnya Allah mendatangkan jodohnya, mengira-ngira detik untuk bergelar suami/isteri….. tidak mengimbas sejauh mana keterikatannya pada da’wah dan tarbiyyah dulu sebelum berumah tangga. Jangan salah anggap bahawa aku mengatakan bahawa tiap-tiap orang perlu menjadi individu Muslim yang hebat sebelum memikirkan tangga kedua. Cuma, ingin aku lontarkan supaya kita semua dapat muhasabah ke dalam diri kita sendiri, sehingga kita dapat membetulkan niat dan berbaik sangka kepada jodoh yang ditentukan Allah samada ianya lambat atau cepat dan juga siapa dia…

Bait Muslim merupakan tangga ke-2 dalam agenda kita mencapai ketuanan di muka bumi Allah ini. Tidak dapat tidak, ia merupakan satu tanggungjawab yang lebih besar dari menjadi individu muslim kerana kita bertanggungjawab pada pasangan dan juga anak-anak yang bakal mewarisi keturuanan kita.

Jika dulu-dulu…

Kita seorang yang tak suka berkemas, selesa dengan sedikit selerak, bila berumahtangga, semua itu patut dihapuskan kerana tugas anda akan bertimbun setiap hari, jika kita tak mengemas sedikit demi sedikit

Kalau dulu, kita seorang yang cincai saja dari segi makan, ‘kalau tak sempat masak, beli, tak sempat beli, maggie’. Bila berkeluarga, anda perlu fikir adakah seisi rumah perlu makan maggie setiap kali kita tak sempat…

Kalau dulu, jenis yang tak suka mandi, sekarang, perlu berhias ketika di rumah supaya rumah menjadi tempat yang tenang…

Jika dulunya anda seorang yang bertangguh, sekarang, bila sudah menikah.. bukan sahaja tak boleh bertangguh, malah anda mesti jadi seorang yang cekap… mampu membuat beberapa perkara dalam satu masa

Dan banyak lagi, dari segi peribadi, harus kita perhati dan perbaiki

Teringat kisahku… sebelum suamiku, aku telah diperkenalkan dengan seorang ikhwah yang lain. Ditakdirkan Allah, dia tidak lagi berada di atas jalan ini, lalu aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan urusan itu. Alhamdulillah, aku tidak pernah merasa gundah gelana kerana urusan bait muslim itu tidak menjadi melainkan hanya jika aku bersedih kerana akhi itu tidak berada di atas jalan ini… Alangkah ruginya..

Dalam tempoh itu, aku bersyukur kerana Allah telah memberikan aku situasi yang menarik untuk aku tarbiyyah diriku supaya lekat dengan tarbiyyah dan da’wah dan mengubah beberapa peribadiku menjadi lebih baik. Antaranya, aku diminta untuk duduk bersama adik-adik dalam satu rumah dan alhamdulillah, ia mengajarku banyak sifat untuk sentiasa memberi, peka dengan keadaan rumah seperti suasana mesra dalam rumah, kekemasan rumah, selalu mengutamakan untuk memasak kepada adik-adik, mudah mengalah, dan juga paling penting mengimbangi antara tugasan dalam rumah dan juga tugasan da’wah di luar rumah….

Dalam tempoh itu juga, Allah memberikan kurniaan kepadaku untuk terus maju dalam tarbiyyah dan da’wah dari sudut menjaga adik-adik yang jauh di negeri lain, membuatkkanku sentiasa berkorban untuk berpenat lelah travel ke sana ke mari, dengan urusan di hospital dan juga di rumah.

Ku kira semua itu adalah satu hikmah yang tak terhingga dalam membentukku menjadi seorang yang lebih baik sebelum aku bergelar isteri.

Dari segi keterikatan, ketahuilah, setelah kita menikah, kecenderungan kita untuk tetap tinggal di rumah bersama suami/isteri dan anak-anak adalah perkara yang selalu menjadi bisikan di telinga dan hati kita. Kerana itu, ayat-ayat amaran Allah berlegar di segenap ruang untuk mengingatkan kita tentang penangan hidup berumahtangga… Tidak salah semua itu, malah itu juga adalah satu tuntutan tanggungjawab…

Tapi, jika kita tak memerhatikan sejauhmana keterikatan kita pada tarbiyyah dan da’wah ketika kita seorang, adalah tinggi kemungkinan untuk kita tergelincir daripada niat yang sebenar… Mengapa kita menikah?

Nasihatku pada yang belum berumahtangga, persiapkanlah diri. Jika anda kepingin naik ke tangga ke-2, ketahuilah tangga ke 2 itu lebih tinggi dari tangga pertama. Lebih aula dan lebih banyak cabaran. Jangan kerana ‘Di jalan da’wah aku menikah’ maka anda tidak menyediakan diri dengan sifat-sifat ketangkasan wanita berada di rumah, dengan tugasan seorang isteri, rumahtangga dan menguruskan anak-anak. Kerana boleh jadi, itulah yang menjadi alasan untuk anda tidak melaksanakan tarbiyyah dan da’wah di luar sana….

Elakkan mencipta alasan dari sekarang dengan menyediakan diri anda sebaik mungkin

Wallahu’alam

Debaranku…

Banyak perkara berlaku akhir-akhir ni. Yang menarik ada, kelakar ada, sedih ada, menakutkan pun ada, yang mendebarkan pasti banyak sekali cuma semuanya tak sempat untuk dinukilkan di blogku ini. Makin kurang masa berada di depan komputer ni.

Minggu ini, antara minggu yang penuh dengan perasaan dan debaran. Debaran seorang isteri, ibu dan penda’wah…

Debaran seorang isteri….
Hari selasa lepas, satu lagi offer interview yang suamiku dapat. Sama seperti offers yang lain, dapat sebab suamiku drop kan resume nya di semua tempat yang boleh dalam usaha mencari rezki yang baru.

Pada awal pagi selasa, aku bangun awal pagi untuk qiam dan solat sunat hajat buat suamiku. Tiada lain yang dipinta, hanya jika ini yang terbaik dari Allah untuk rezeki keluarga kami maka permudahkanlah dan berikanlah rezeki itu untuk suamiku. Tak putus berdoa.

Setelah suamiku ke pejabat, katanya banyak kerja. Tiba-tiba bosnya suruh ke Pasir Gudang untuk ambil tender baru petang tu juga sebab awal esok pagi nak ambil tender di sana dan terus pulang ke pejabat untuk uruskannya. Suamiku memberitahu yang dia ada interview, so dia akan bertolak malam.

Aku asyik menelefon bertanyakan progress kerja, kot-kot tak sempat nak pergi interview (agak-agaknya aku ni pun melambatkan tugas suamiku juga). Sekitar jam 2.30 petang, suamiku baru bergerak keluar untuk interview di Taman Melawati dan sepatutnya berada di sana jam 3.30 petang.

Aku sedang berada di kedai bersama Umar. Seperti biasa, menguruskan hal-hal di rumah, kedai dan sebagainya. Teringat akan hal ni, tak sempat nak berada di tikar sejadah. Cuma mampu menelefon dan berdoa pada Allah sampai bawa kereta dan shopping barang-barang.

Alhamdulillah, 2 hari lepas, semasa aku mengikut suamiku ke Pasir Gudang untuk ambil tender, suamiku dapat phone call dari syarikat Hablem (tempat interviewnya) dan mengatakan dia dapat offer kerja di sana.

Debaran seorang Ummi…
Sekarang, sudah bertatih meninggalkan Umar sekali sekala dengan Daddynya. Bukan dengan alasan dan niat seperti dulu…. "Takut diapa-apakan oleh anak-anak lain" tapi dengan niat tidak menjadikan anak sebagai alasan tidak maju. Teringat pengisian dari Ust Fauzi, tugas dan bebanan kita makin hari makin bertambah… maka belajarlah untuk ringankan beban.

Awal-awal tu asyik teringat la jugak kat Umar, sempat mesej bertanya akan keadaan Umar. Menangis ke Umar ni? Tak dapat tidur ke Ummi dia takde? Tak nak minum susu beku dalam botol tu? Macam-macamlah

Semalam, al-kisah, elektrik di apartment kami di off kan sementara sebab ada kerja pembaikian. Off dari jam 9.30pagi hingga 3.30petang. Kalut suamiku menelefon berkali-kali tapi aku tidur ‘mati’ sebab kepenatan baru balik dari Pasir Gudang. Ditambah sepanjang perjalanan sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah kerana keracunan makanan (rasanyala, ni gaya doktor diagnose diri sendiri).

Dalam kesakitan dan kepenatan, turun beli ais kat 7-Eleven, tinggalkan Umar yang sedang tidur. Doa moga-moga Umar tak tergolek, tak menangis, tak apa-apa kat rumah. Sampai rumah, Umar dah terjaga sebab kepanasan, tapi diam je, baring sambil main jari-jemarinya.

Dengan secepat mungkin, aku susun semua susu beku EBMku ke dalam tong yang diisi ais. Sebelah tangan dukung Umar, sebelah tangan lagi bawa tong biru yang sarat berisi susu dan ketul ais

Bawa kereta macam lipas kudung ke rumah Aishah Md Ali di Seksyen 6, 120km/j atas LKSA highway. Then, tinggalkan Umar di rumah Aishah dan patah balik ke rumah. Angkut lagi 2 tong besar naik dan turun rumah tingkat 3 ni dalam usaha menyelamatkan susu-susu umar. Tunggu susu kat rumah Aishah sampai petang then keluarkan semula. Susun balik dalam tong dengan ketul-ketul ais bawak balik rumah. Angkut naik balik semua susu-susu dan transfer dalam chest freezer semula…

Penat memang penat. Tapi, untuk anak, digagahkan juga.

Debaran seorang Penda’wah…
Teringat pengisian semasa camping baru-baru tentang jihad, mujahadah dan matlamat. Manakan kita akan dihisab secara berkumpulan walaupun kumpulan yang kita sertai melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Kita akan tetap dihisab seorang diri

Tetap akan ditanya tentang DIRI SENDIRI.. di mana amal, di mana umur dihabiskan, di mana letaknya niat, sejauhmana mujahadah… segalanya akan ditanya

Bila memikirkan kesanggupan untuk berkorban untuk suami dan anak yang amat disayangi, kadang-kadang buat diri terfikir sejauh mana kesanggupanku untuk berkorban demi Deen ini… demi syurga.

Seorang bergelar da’ie tidak sepatutnya merasa aman dengan amal-amal yang telah kulakukan melainkan semuanya bergantung pada Allah samada ingin menerimanya atau tidak. Debaran di mana akhirnya hidupku, harap-harap dapat menjadikan aku sebahagian golongan ‘amaliyyun seperti yang diistilahkan oleh Imam As-Syahid Hasan Al-Banna

Moga debaran seorang da’ie tetap meletakkan aku dijalan ini hingga aku bertemu denganNya

AMIN…

Siapa Sanggup Menjadi Isteri SI DIA…

Salam Huriyyah

Lama tak menulis di blogku. Emm.. sibuk katakan. Siapa kata surirumahtangga tak sibuk? Maybe tak sibuk, bagi mereka yang tak fikir tentang mengharmonikan rumahtangga, tak mau memudahkan urusan suami atau juga tak bersiap sedia untuk hadapi tugas-tugas da’wah yang lebih banyak di luar rumah…

Bagiku, tugas seorang ummi dan surirumah cukup mencabar!! Apatah lagi, menjadi surirumah bagi Si Dia, seorang pejuang Islam. Gagasannya adalah jua gagasanku, matlamatnya jua adalah matlamatku. Tak terkecuali dalam meletakkan urusan rumah tangga sebagai keutamaan kerana Keluarga adalah unit masyarakat terkecil, gabungannya menjadikan masyarakat yang besar. Maka, urusan keluarga jua adalah satu keutamaan

Teringat kisah Saidatina Fatimah yang mengadu hal kepada ayahanda beliau, Rasulullah s.a.w ketika beliau penat melaksanakan tugasan rumah, mengisar gandum. Meminta jika kiranya boleh baginya mendapatkan seorang hamba. Apa kata Rasul?
"Mahukah aku tunjukkan yang lebih baik dari itu? Ucapkanlah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Setiapnya 33 kali"

Menjadi suri hidup si Dia, kukira tak semudah menjadi surirumah bagi lelaki-lelaki kebiasaan. Bukan mengatakan bahawa Si Dia tidak melaksanakan tanggungjawabnya, malah lebih dari itu dia menjaga kami. Kami merasainya dari kasih sayang, renungan, doa di ubun-ubun kami setiap pagi malah kesabarannya dengan karenah kami. Tapi, kerana aku memahami erti rumah tangga, erti berkorban demi agama jua ingin menjadi bukan hanya suri di rumah tapi suri di syurga… Renung-renungkanlah… Banyak bezanya.

Sekarang, aku sudah punya ‘kuda tunggangan’ku sendiri. Nissan Sentra 1.6, berusia sekitar 5-6 tahun, kilometernya belum mencecah 70 ribu, dibeli hampir sama harga dengan Proton Saga baru. Teringat kereta pertamaku di Melbourne dulu, Daewoo Leganza 2.0. Menurut agakanku, lebih kurang sama saiznya.

Bertambah ligat aku berputar di bumi Shah Alam. Sudah boleh ke sana ke mari sendiri. Paling tidak ke Ole-ole Seksyen 18, ke tempat kerja suamiku, ke tempat adik-adik persediaan Jepun di Taman Bukit Pelangi, ke rumah Kak Syaf, ke pejabat ISMA S.Alam, ke sekolah Hira’. Tempat paling biasa, Bandar Kota Kemuning dan Econsave.

Tugas seorang zaujah pada si Dia, seringkali membuatku jadi seorang yang kreatif dan panjang akal. Paling penting, selagi aku belum bekerja, mesti menjaga keberadaan dan kebajikan rumah agar tenang ketika suamiku pulang, pakaian yang bersih, makanan yang sedap… Semuanya jadi agenda penting hari-hari.

Penat… memang penat tapi seronok dapat berbakti pada si Dia, juga seronok menjadi seorang Ummi. Seperti semalam dan hari ini. Dua-dua hari keluar. Hantar comforter dan selimut Toto ke kedai dobi. Ronda-ronda cari kedai gambar untuk uruskan proses interview kerja. Beli freezer untuk Umar. Sebelum ini, keluar sendiri pergi buka account bank. Beli barang keperluan seharian, barang dapur, barang Umar di Econsave. Semuanya kubuat bersama Umar.

Alhamdulillah, mertua hadiahkan car seat. Senang nak ke mana-mana. Stroller Anakku yang kami beli, memang kugunakan habis-habisan selagi boleh. Orang shopping bawa troli, aku shopping bawa stroller Umar, isi barang-barang dan satu lagi bakul yang boleh tarik dengan tangan. Emm… semua orang tengok kami. Agaknya, mesti mereka fikir…"Takkan takde pembantu rumah? Takkan suaminya tak tolong?"

Bila balik rumah, satu hal lagi memanjat tangga ke tingkat 3 tanpa lif sambil mendukung Umar yang sekarang ni sudah seberat 7.5kg. Kadang-kadang, bila agak-agak tiada orang, aku duduk di tangga sambil rehatkan tangan dengan 3-4 beg plastik barang. Tangan dah terketar-ketar sebab berat.

Fikirlah apa yang mampu anda fikir. Tapi yang pasti antara agendaku adalah.. balik si dia, tak perlu dengar rengek barang-barang yang tak ada di dapur.. atau dalam kepenatan urusan kerja dan da’wah di luar, balik berpenat lelah untuk isteri dan anak-anak. Biar terhidang dihadapannya makanan yang enak, anak yang sudah siap diurus, isteri yang menunggu. Lengkap!!

Bila malam, kadang-kadang Umar bangun nak main. Paling tidak mesti bangun menyusu. Awal pagi, agendaku untuk Umar seperti biasa, memerah susu untuk disimpan. Agenda seorang ibu.

Ditambah dengan tugasan-tugasan rumah seharian, menulis blog, membaca buku atau blog orang lain untuk menambah pengetahuan, menulis sedikit bahan untuk ruangan website ISMA, menghafal al Quran, semuanya juga agenda seorang Muslim.

Sekarang.. siapa sanggup menjadi isteri SI DIA? Isteri seorang penda’wah. Persiapkanlah dirimu dengan ilmu-ilmu menjadi seorang isteri. Jika tidak reti memasak, memasaklah. Jika tidak reti tersenyum, belajarlah. Jika anda seorang yang manja, kentalkanlah semangat. Tingkatkan endurance anda. Kerana, jika hebat impianmu untuk hari depan, perhebatkanlah persediaan kerana semuanya adalah PENGORBANAN!!!

Renunganku dari Walimah

Ahad lepas, 20hb Jun, kami sekeluarga beserta pasangan Dr Nor Syarifah dan suaminya menaiki satu kereta ke walimah sahabat kami di Melaka. Saudara Ridhuan Ali dan isterinya Murnihayati Hassan.

Alhamdulillah, tepat waktu kami tiba, pengantin berarak di perkarangan rumah pengantin lelaki. Sama cantik, sama padan, sama tinggi, senyum cukup lebar, pengantin lelaki segak bersampin dan tengkolok, pengantin perempuan set baju labuh berwarna hijau.

Kali pertama hadiri walimah sahabat dari Australia sejak melahirkan Umar. Sempat berbisik pada sahabat baikku, Kak Syaf..
"Seronok tengok orang kawin, teringat waktu kita kawin dulu…"

Ya. Hadir ke walimah juga adalah sebahagian agenda yang penting. Pertama-tama, untuk meraikan pengantin yang menjemput. Kehadiran juga menggambarkan ukhuwwah yang telah dibina sesama kita. Lagipun ada beza besar antara bertemu tetamu yang bergelar keluarga, zaman sepermainan atau sahabat-sahabat terdekat. Memenuhi undangan juga adalah satu tuntutan.

Yang kedua, hadir ke walimah adalah penting bagiku kerana terbinanya walimah orang lain cukup kuat untuk mengingatkanku tentang ikrar janji dalam pembinaan bait muslim kami. Teringat dalam resume borang kahwin aku dan suamiku. Tergelak juga bila lihat balik. Nak bait muslim yang sebegini, sebegitu, anak yang soleh dan musleh. Semua cita-cita hebat belaka. Tapi, hakikatnya, praktikal sehari-hari tidak semudah teori yang kudengar dari sahabat-sahabat yang lebih dulu mendirikan rumahtangga ataupun yang tertulis dalam resume. Persoalan-persoalan yang amat perlu dititikberatkan dan benar-benar anda perlu punya jawapan sebelum mengatakan ‘YA, SAYA INGIN MENIKAH’

‘Mengapa anda ingin menikah…’
Dengan siapa anda ingin menikah…’
‘Apakah pasangan yang anda ingin nikahi punyai matlamat dan halatuju pembinaan keluarga yang sama dengan anda…’
‘Apakah peranan atau tujuan bait muslim anda…’
Adakah anda sudah persiapkan diri anda untuk menikah? Samada dari segi akhlak, ilmu dan kefahaman rumahtangga, tips rumahtangga, berkemampuan mencari nafkah untuk laki-laki, dan faham resepi menghidupkan rumahtangga…’
‘Apa perancangan pada zuriat anda…

Dan macam-macam persoalan lagi.. Jika difikirkan lagi mendalam. Mau takut-takut semua orang nak ber bait muslim agaknya. Tapi, sedar tak sedar, semua persoalan di atas perlu difikirkan dengan serius jika anda mahukan bait muslim anda berbeda dari orang lain.

Nah… aku pun fikirkan mendalam semua persoalan di atas sebelum berkata YA pada si dia, Mohd Shahril Atiqi. Tapi, setiap rumahtangga itu akan pasti ada rencah masam, manis, tawar, kelat dan pelbagai rasa setiap hari. Hikmah dan kebijakan adalah perkara yang perlu kita cari sepanjang masa.

Usai walimah, kami bertandang ke rumah sahabat kami di Melaka. Rumah Mursyidi dan Ruzaini atau lebih dikenali sebagai Noni.

Lagi sekali mengingatkan aku tentang study group kami sebelum menikah. Jangan ingat study medic saja perlu study group atau usrah saja dikatakan study group. Pernah diskusi antara aku dan Kak Syaf tentang buku Blissful Marriage. Banyak resepi kejayaan rumahtangga yang kami bincangkan. Antara yang masih kuingat adalah 7 Essential C’s:

Commitment
Courtesy
Communication
Care
Contentment
Contribution
Compromise

Alhamdulillah, sekarang aku punya keluarga yang masih lagi kecil bilangannya. Aku, suamiku dan Umar. Namun, tiap hari perlu perbaiki diri untuk yang terbaik walau kadangkala ada langkah yang tersasar.

EBM

Jenguk peti sejuk lagi harini. Mengira-ngira EBM (expressed breast milk) Umar ada berapa…Emm, not bad. Hampir 50 bekas range 5-7Oz. Alhamdulillah. Terfikir, harini mungkin nak beli sedikit ayam, ikan, or barang-barang basah lain sebab adikku sekeluarga akan datang dari Terengganu esok. Mana nak letak yea?

Dah 2-3 minggu berfikir nak cari chest freezer, khas untuk simpan susu Umar ni. Kalau boleh tak nak bercampur dengan ayam, ikan, daging tu. Lagipun, target untuk capai 150 bekas susu Umar sebelum mula kerja, September ni.

Thanks a lot to my friend, Aishah Md Ali. Dia adalah pakar rujukan ibu-ibu di kalangan kami berniat nak buat stock EBM atau semua yang berkaitan barang-barang baby.

Rahsia banyak EBM? Macam-macam petua ada

1. Niat
Paling penting adalah tanam niat dengan sekukuhnya untuk bagi susu ibu pada anak sampai umur 2 tahun, nak bagi yang terbaik buat anak. Sesetengah (maybe ramai juga) yang tak nak bagi susu ibu pada anak sebab takut hilang cantiknya…Padahal cantik itu hanya sementara. Anak itu, boleh jadi saham ke syurga.

2. Doa pada Allah agar bagi banyak susu pada kita.

Selebihnya mestilah usaha. Dengar dari pakar lactation, diskusi dengan ibu-ibu lain juga penting…

3. Makan Oat
Ikut pakar lactation, oat mudah dimasak tu kalau makan pagi-pagi, boleh hasilkan susu yang lebih pekat berkrim, lebih banyak in kuantiti. Kucuba sendiri, biasanya boleh perah dlm 5Oz tapi Alhamdulillah setelah makan oat pagi-pagi boleh capai sampai 12Oz dan boleh perah 2 kali sehari.

4. Minum air masak banyak-banyak. Susu tu datangnya dari air dalam badan juga

5. Fenugreek seed tablet
Tak pernah cuba lagi tapi ada sedara yang cuba, katanya menjadi juga

6. Kerap perah (antara yang paling penting ni)
Lagi kerap perah, lagi banyak dihasilkan sebab brain fikir, banyak minum baby ni, tak cukup-cukup. Maka brain akan stimulate untuk hasilkan lebih banyak. Perah waktu malam adalah penting sebab hormone kita peak waktu malam. Bila bincang dengan sedara yang merupakan doktor juga, katanya perah dalam sekitar 2-3 pagi. Boleh bangun qiam sekali.
Perah setiap 3-4 jam (ikut frequency anak minum). Macam Umar, setiap 3 jam mesti minum. Tapi, kalau malam, anak kurang bangun menyusu, ibu tetap kene bangun setiap 3-4 jam untuk perah. Mujahadah la sket yea

Apa lagi ek.. Itu je la yang aku amalkan. Alhamdulillah, menjadi juga.

The don’ts yang aku buat ialah kata orang jgn minum kopi banyak sangat. Tapi aku minum juga kopi susu pagi-pagi secawan. Minum pula masa sambil makan oat. Hehe

Allah jadikan susu dalam badan seorang ibu untuk anaknya sampai cukup untuk 2 tahun. Pasti, itu adalah yang terbaik untuk anak. Tambahan sekarang, kajian-kajian tentang susu ibu semuanya menunjukkan susu ibu itu yang lebih baik dari susu di pasaran.

Wallahu’alam

Malaysia Oh Malaysia…

Arghh..Menggeliat lagi. Hari ini sedikit penat dari biasa. Penat berfikir, penat mengisi borang, penat membebel juga agaknya

Malaysia Oh Malaysia…
Tanahairku tercinta….
Tapi apakan daya…
Kepelikanmu tak henti melanda!

Rasa-rasanya, kalau orang-orang yang tak pernah kenal negara di luar dari Malaysia, mungkin tak timbul masalah ni. Kata orang, bukan masalah, tapi memang begini caranya. Bagi orang yang seperti aku, especially baru pulang dari oversea (Australia), tahap mengomel memang tinggi dan semakin menjadi-jadi

Ceritanya, semalam petang, lewat jam 6pm, suamiku menghantar email bertajuk PLKN. Emm.. wonder..apalah agaknya. Rupa-rupanya suamiku terdetik di hati untuk buka website PLKN dan alangkah terkejutnya namanya tersenarai untuk ke PLKN di Sungai Siput, Ipoh dalam sela masa 2 minggu dari sekarang (lapor diri pada 26 Jun 2010) dan WAJIB menghadirkan diri di sana selama 3 bulan.

Wah… Hebat orang Malaysia. Mungkin sistemnya canggih, orangnya berbudi bahasa, tepat masa, rajin melayan kerenah pelanggan agaknya. Senarai nama pun diletakkan di websitenya. Bukannya pop-up di email, apatah lagi surat pemberitahuan, yang memang tak sampai pun lagi ke rumah. Tapi, perlu check sendiri di web. Agaknya ramai orang hebat internet kat Malaysia spt di OZ, tiap saat main internet tanpa henti. Tapi, mesti lapor diri lagi 2 minggu…Lalala (menyanyi pelik)

Aku mengira-ngira kehidupan kami. Kalau kena pergi juga macamana??

ANDAIKATA PERGI~
2 minggu lagi-
Aku masih belum bekerja, belum ada income, baru pindah masuk rumah, jalan pun tak biasa lagi if nak drive sendiri. Kalau public transport sehebat OZ tak mengapalah. Bas datang 7.02am di OZ, pasti tepat!!. Rumah tingkat 3 takde lift. Kalau nak ke mana-mana atau beli barang dapur, tak mampu angkat. Umar sorang pun dah berat 7kg. Tak mampu nak bayar bil dan sewa, nak let go rumah, alamatnya burn semua deposit (bak kata orang Msia 2+1 payment), nak angkut barang turun tingkat 3?? No no no.. tak larat Tambahan lagi, dah mula proses membeli kereta satu lagi untuk aku
Nak pindah balik kampung?? Ipoh ke Kemaman?
Nak start kerja? Mana nak letak Umar kalau oncall… Tak boleh jadi mcmni
Kerja suamiku, macamana nak bagitau majikan? Cuti tanpa gaji @ separuh gaji @ hilang kerja…
Bukan senang nak uruskan semua-semua tu dalam masa 2 minggu
Dan lagi… dan lagi dan lagi difikirkan…

KALAU TAK PERGI…. denda RM 700++, Khidmat Masyarakat dan Complete kan PLKN… Pun kena juga pergi

KALAU TAK NAK PERGI, APA KAMI BOLEH BUAT?
Pagi tadi, 9am, suamiku telefon orang PLKN, 4-5 kali cerita yang sama sebab phone di pass kan kat orang lain beberapa kali. Aku bergurau…"Kalau telefon kat services kat sini, kene record al-kisah kenapa kita call sebab pasti ulang dan ulang". Ada yang cakap nama suamiku tiada dalam list panggilan la… pelik!!

Dipendekkan cerita, kami kene isi borang permohonan penangguhan, download dari website PLKN. Suamiku minta aku isikan sebab dia dah lambat, perlu ke kantor.

Aku, seperti biasa, bab-bab isi borang ni bacanya bukan main teliti. Maybe sebab tu aku jadi doktor.

"Semua permohonan bagi perakuan penangguhan hendaklah dibuat dalam masa 10 hari selepas penyiaran perintah Menteri…"

Tersenyum lagi. 10 hari? Surat PLKN pun belum lagi sampai ke rumah. Maknanya reference number and date of notification tu belum dapat diisi dalam ruangan borang ni. Sedangkan PLKN lagi 2 minggu… lebih tepat 16 hari. Masakan boleh dibuat 10 hari.

Aku terkumat kamit membebel dalam perlahan. Banyak kali terfikir..Apalah Malaysia ni, KALAULAH di OZ… Tapi istilah KALAU-KALAU ni takkan berlaku dalam diari orang islam sepatutnya. Semuanya telah ditetapkan Allah, especially untuk aku berada di sini, di tanah airku.

Masalahnya mungkin terletak pada sikap manusia. Bukan pada sistem. Kalau ya pun pada sistem, sistem takkan mampu gerak sendiri, manusia juga yang ciptakan atau kendalikannya

PASRAH~

Sempat menelefon sahabat baik seketika. Pelbagai cadangan dilontarkan. Alhamdulillah. Sebelum mengakhiri perbualan kami, sempat sahabatku mengingatkan.

"Dalam kesusahan, walaupun ada banyak solution kita boleh fikirkan, jangan henti berdoa, solat hajat…"

Alhamdulillah. Itulah tips tidak keciciran, berbincanglah dengan sahabat. Pasti ada jalan keluar InsyaAllah

KUAT KEMBALI~ Pasti dipermudahkanNya. Sambung tugasan rumahtangga.

Qurrata’ayun Kami

Salam Huriyyah

Alhamdulillah, Umar Yusuf baru tidur setelah usai mandi. Setiap pagi, selepas bangun dari tidur, Umar mempunyai rutin yang sama. Pagi ni, Umar enggan menyusu banyak. Sibuk bermain dan bercakap. Entah apa yang dibualkannya. Aku melayan saja kerana itu satu stimulation yang baik untuk anak-anak membesar.

Seringkali kami keluar ke mana-mana. Rata-rata orang terkejut melihat ‘saiz’ Umar yang MANTAP. Baru hampir 3 months old tapi badannya mengalahkan baby 9 bulan. Berkat susu umminya mungkin. Bila orang bertanyakan umur Umar, aku suka suruh orang yang bertanya tu meneka. Ramai yang meneka sekitar 5-6 bulan. Semalam, kali pertama shopping barang rumah di EconSave, pun pekerja kat situ senyum dan tanya berapa umur Umar

Alhamdulillah. Walaupun mengandungkan dan melahirkan Umar cukup hebat, tapi mudah nak uruskan Umar. Mungkin, kata orang-orang tua, Umar dah matang sejak dalam perut. Mungkin kerana waktu itu aku banyak berfikir tentang masalah ummat. Sekarang, mudah nak berjalan, pergi program atau ke mana-mana saja. Tak meragam.

Bercakap tentang anak, memang benar dia adalah qurrata’ayun. Lahirnya sahaja mengundang sejuta rasa dalam diri. Sayang bukan kepalang. Sebab itu selalu baca kembali buku-buku keluarga untuk ingatkan diriku tentang hebatnya penangan anak. Seperti kata dalam buku tarbiyyatul aulad, psikologi kasih sayang terhadap anak adalah anugerah Allah untuk memastikan anak boleh membesar dengan baik, menjamin kelangsungan zuriat.

Yang menjadi masalah adalah apabila cinta pada anak melebihi cinta pada Allah dan Rasul. Teramat mudah untuk ianya terjadi dalam hidup kita.

Teringat kisah kali pertama ke usrah di Malaysia. MasyaAllah, anak-anak kecil bermain bagai nak pecah ruang kami berdiskusi. Maklumlah di OZ dulu, tenang sahaja (sebab tu ada yang mengantuk dan boleh tertidur, hehe). Tapi di sini, kecoh hingga tak terdengar apa yang dibincangkan. Itu adalah kali pertama aku bawa Umar bersamaku. Ada anak-anak sahabat yang lain semuda 4 bulan hingga 7 tahun. Bayangkan!!

Tak sempat nak menyalin nota sebab mataku liar memandang ke arah Umar dan anak-anak lain. Aku bawa si Eli Umar (Toy eliphant yang pertama kami beli. Satu lagi kami beli Simba si Lion) untuk bagi Umar main walaupun Umar tak pandai pegang pun lagi. Si Eli menjadi sambaran dan rebutan anak-anak lain. Adegan lempar melempar bermula, cross kepala Umar. PUP.. Eli terkena kepala Umar, apa lagi, terus menangis dengan kuatnya sebab biasanya di rumah kami, tenang-tenang saja. Diam. Hanya kami berdua, tidur pun lena.

Lepas tu, aku salin pampers Umar. Bentangkan Umar di atas tilam. Seorang lagi anak sahabatku ingin lalu. Badannya sihat dan tembam. Aku mengarahkan untuk lalu dibelakangku sebab tak cukup ruang. Tiba-tiba dia terus langkah Umar. Apa lagi, terpacul keluar dari mulutku.. "Ya Allah, matilah anak aku!!!" Lepas tu, semua orang gelak. Aku tergelak sama.

Bila pulang, kuceritakan pengalamanku pada suami. Dan aku kata… "Lepas ni, kalu nak pergi Usrah and if abang takde kerja waktu tu, Umar ni tinggal je la dgn abang, biar selamat." Suamiku gelak.

Esoknya, bila aku berdoa, aku teringat balik kata-kata ku pada suamiku semalam. Aku selalu berdoa seperti doa Ibu Maryam untuk Umar. Ibu Maryam mengharapkan anak lelaki untuk diwakafkan pada Deen Allah. Dengan kefahaman dan kehendak yang sama, sebab itu, aku bacakan doa itu sejak dari dalam kandungan lagi. Aku wakafkan anak dalam kandunganku untuk agama ini, untuk deen ini. Dan aku masih lagi berdoa dengan doa yang sama. Kuharap Umar Yusuf dapat kudidik untuk agama ini.

Tergelak. Masakan Umar mampu kuberikan untuk Deen ini, andai terkena soft toy pun dan menggelabah. Terkena jentikan kecil, terus menerpa ke arahnya. Terus mahu disimpan di rumah yang tenang, agar dia tidak bisa sakit. Tapi, itulah situasi dan perasaan seorang ibu. Protective. Sayang anak. Lantas, baru aku benar-benar menghayati sepenuh jiwa, kisah para sahabiyyah dan isteri-isteri tabi’en. Benar-benar mereka orang yang hebat kerana mampu hantar anak-anaknya untuk berjihad hingga MATI SYAHID! Tapi, tetap terus menghantar dan menghantar hingga habis anak-anak kesemuanya. Malah, sempat menangis kerana tiada lagi anak untuk dihantar dan bukannya kerana habis anak-anaknya mati kerana agama.

Sekarang, Umar makin tahan di medan orang ramai. Minggu lepas, Umar ke Majlis Solat Hajat Perdana anjuran JAIS di Stadium Melawati Shah Alam. Letak Umar dalam strollernya. Alhamdulillah, sempat solat tak meragam. Terkejut-terkejut sebab pidato dari aktivis-aktivis Palestine memberi ceramah berdentum-dentum. Terlalu kuat agaknya untuk Umar

Recently juga Umar menghadiri Rapat Umum Gaza di hadapan bangunan Turki Embassy. Kami asalnya nak pergi dengan daddy tapi daddy banyak kerja, kene masuk ofis dulu sebelum ke rapat umum. Nak tumpang makcik-makcik lain, dah tak muat kereta. Akhirnya kami keluar awal ke ofis bersama daddy. Kami tunggu dalam kereta sambil Umar tidur diribaanku. Umar terkejut lalu menangis kerana panas. Peluh satu kepala dan belakang badannya basah lencun. Umminya pun sama. Kemudian aku on aircond dan Umar tidur kembali.

Sampai di sana, Alhamdulillah mudah dapat parking kereta. Kami sampai sebelum rapat umum bermula. Umar tak menangis. Tak meragam. Peluhnya dah membasahi seluruh baju, kepalanya. Dengar laungan Khaibar Khaibar, Khaibar ya Yahud!!! Umar juga pakai headband "End the Seige" berwarna merah. Aku sempat menitiskan air mata. Terbayang suasana jihad andainya ia berlaku. Umar bersama Ummi dan Daddy nya di medan itu. Selesai rapat umum, Umar merengek, lapar susu. Tiada tempat sesuai untuk menyusukannya. Ku sua kan puting kegemarannya. Terus dia tertidur dalam keadaan bersesak-sesak dan panas. Lagi sekali sedih… Kesian anakku Umar. Panas, rimas. Dalam lapar tertidur juga dengan puting. Sampai dalam kereta, ku kejutkan Umar, suakan susu ke mulutnya.

Itulah Umar Yusuf. Qurrata’ayun pertama kami. Sekarang, tengah sibuk membaca buku yang baru dibeli dari OZ. Bring out the genious in your Child. Moga Allah memberikan hikmah dan kebijaksanaan pada aku dan suamiku dalam mendidik zuriat kami. Ameen

Ingin selalu Mendengarkan

Langit hari ini gelap. Tanda-tanda hujan akan turun jelas kelihatan. Lagi jelas sebab rumah kami di tingkat 3. Aku masih belum bekerja, menghabiskan waktu sehari-hari menjaga anakku Umar Yusuf sebelum mula kerja sebagai doktor. Bila dah kerja, rasanya tak sempurna menjaga anak. Tahu-tahu, anak dah pandai berlari. Emm.. sedih mengenangkan saat untuk melihat pencapaian dan pembesaran anak mungkin tidak kesampaian

Minggu ni adalah minggu-minggu resah suamiku. Positionnya sebagai Junior Project Engineer tapi tak kurang seperti kerja trader katanya. Kebajikan pekerja pun tidak terjaga, bukan sahaja gaji, malah tiada elaun, tiada overtime payment, tiada bayaran jika ada sakit demam seperti Klinik Panel dan banyak lagi. Di departmentnya, juga tiada setiausaha. Jimat duit agaknya. Yang ada cuma suamiku dan bosnya. Maka, semua tugasan surat menyurat, print memprint, edit paperwork, susun paperwork dan juga call supplier adalah bergantung pada suamiku. Rakan setempat beransur-ansur hilang, tukar kerja ke company lain. Cari kerja yang lebih memuaskan hati.

Tak terkecuali suamiku juga mencari kerja lain. Banyak kerja yang telah di apply. Lebih 100 application agaknya. Masih belum sampai rezki suamiku untuk dapat kerja yang lebih baik. Atau mungkin ini yang terbaik dari Allah untuk kami. Allahu a’lam. Hari-hari dalam hidupnya makin berat nak melangkah kaki ke tempat kerja. Alhamdulillah, suamiku masih lagi menjaga waktu kerjanya, tak la sampai curi tulang. Masih ingat barakah dan rezki yang halal untuk kami berdua di rumah.

Sesekali akan kuingatkan juga pada suamiku, biar kerja kurang memuaskan, gaji sedikit, pastikan yang halal untuk kami dan buat kerja baik-baik supaya barakahnya tetap ada untuk kami sekeluarga. Kata-kata yang kuingat dari buku yang pernah aku baca tentang sifat isteri para sahabat/tabien yang sentiasa mengingatkan suami-suami mereka untuk mencari rezki yang halal kerana itu akan menjadi darah daging sekeluarga.

Cuba untuk menggembirakan suami adalah agenda penting tiap-tiap hari. Makanan yang sedap, rumah yang selesa dan kehadiran Umar paling menyeronokkan. Terkadang mati akal juga. Bukan senang nak jumpa kata-kata yang sesuai untuk dihiburkan dan diperdengarkan pada suami.

Lucunya, bila suamiku hampir pulang, kadang-kadang terkial-kial mengagak-agak ciptaan dialog. Nak beri minum air sirap sejuk dengan ais dulu ke… Nak bagi makan dessert dulu ke (suamiku memang suka dessert manis-manis) atau nak bagi main dengan umar yusuf dulu ke.. ataupun nak tanya pasal kerjanya bagi menggambarkan concernku pada situasinya

Lagi lucu bila terkadang aku membelek-belek buku-buku perkahwinan, komunikasi suami isteri, buku Kado Pernikahan dan macam-macam buku untuk mencari tips. Walaupun dah pernah baca, tapi aku rasa situasi rumah tangga ni menarik. Tiap hari berbeda-beda buat aku tak jemu membelek buku-buku yang aku dah baca sebelum aku terima lamaran darinya.

Terbaca satu bahagian dari buku Agar Cinta Bersemi Indah, tulisan Mohammad Fauzil Adhim. Buku Indonesia. Dulu-dulu memang anti-bahasa indonesia. Sukar difahami. Perlu ada suamiku di tepi untuk bertanya vocab indon. Dalam tajuk Belajar Mendengar Sepenuh hati… menarik penulisannya. Petikan dari kata-kata Ali bin Abi Talib

"Siapa yang paling baik dalam mendengarkan, dialah yang paling cepat dalam memperoleh manfaat".

Maksudnya, bila kita ingin berbicara baik dengan pasangan kita, kita perlu banyak mendengar, jesteru kita akan mengetahui gejolak jiwanya dan juga keinginan-keinginannya. Hanya melalui itu, maka kita akan memahaminya. Sementara saat yang sama, pasanganmu akan merasa disayangi dan dinombor satukan.

Maka dengan itu, aku tidak jemu mendengarkan rintihan demi rintihan. Moga aku akan menjadi isteri yang paling memahami suamiku dan paling dekat dalam membantunya setiap masa. Moga pasangan di luar sana menjadi pendengar yang setia kepada sesiapa sahaja malah lebih-lebih lagi kepada pasangan dan anak-anak kita.

Tidak putus berdoa kepadaNya. Moga bait muslim kami sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Moga ujian demi ujian membuatkan kami terus kuat atas deen ini. Terus tegar mendidik amanah Ilahi, Umar Yusuf.

Yakinlah… Rezki itu dari Allah

Satu peristiwa yang berlaku pada diri aku sendiri baru-baru… Wlwpun dalam tangis, dalam tu juga aku bersyukur banyak-banyak atas rezkiNya padaku selama ini

Al kisahnya, kami sekeluarga (aku, suamiku dan Umar Yusuf) hadir satu jemputan di Kg Melayu Ampang, rumah pakcik sedara suamiku. Ada kenduri doa selamat dan cukur jambul cucu barunya, tak silap namanya Zara. Aku pun tak berapa ingat. Beserta dengan itu, sambutan harijadi kakak Zara juga dibuat pd hari yang sama. Pakcik yang kami panggil Ayah Cho, sangat baik dan rajin melayan tetamu. Bak kata orang tak la segan sangat sebab mereka ni golongan Tan Sri Tan Sri orangnya

Setelah bersalam, jumpa sedara-sedara suamiku akhirnya acara yang ditunggu tiba. MAKAN!!. Maklumlah sejak kumelahirkan anak sulungku, Umar Yusuf yang dah tembam ni (Berat dah 7kg masa 2 bulan- selingan memperkenalkan anakku), ditambah pula marathon untuk mencapai target 100 botol expressed breastmilk sebelum mula bekerja, pantang tengok sebarang jenis makanan, mesti terus lapar. Rumah orang kaya, foodnya pun mewah-mewah semuanya. Seekor kambing golek, ala-ala BBQ. Pelbagai jenis kuih-muih penuh satu meja!! Makanan berat ada bihun goreng, mee goreng, nasik lemak sambal sotong, ada nasik. Finger food ada nuggets, hotdog dan banyak jenis food yang tak tertengok.

Sempat cakap kat suamiku, nak makan semua jenis. Al maklumlah lapar. Kisah sebenarnya, pagi tu sebelum keluar, suamiku ada discussion. Ingatkan nak pergi lepas solat Jumaat tapi sebab agak jauh, akhirnya kami decided nak pergi awal, solat Jumaat kat masjid Jamek di sana katanya. Kami pun keluar, tapi dah terlambat, akhirnya solat juga kat Shah Alam, kira on the way la. Lepas solat, bertolak, naik Kesas hwy balik. Terlupa kad jemputan kahwin so patah balik ke rumah. Akhirnya, hampir 3.00 petang baru bertolak. Itu jugak la sebab lapar yang melampau tu.

Nak dijadikan cerita, selalunya Umar Yusuf ni baik-baik aje. Suka berjalan, suka tengok sekeliling (mungkin Umar memerhatikan keindahan dunia ciptaan Allah). Minta tolong suamiku ambilkan makanan. Mee goreng, daging kambing golek. Emm.. sedap, first menu. Tapi suamiku ambilnya sikit. Ala-ala untuk perut dia (suamiku kurus orangnya, makannya pun sikit saja). Sebaik sahaja suami duduk, makanan dalam pingganku dah hampir habis. Umar merengek sebab dia dah buang air besar. Akhirnya aku masuk dalam rumah, pergi salinkan pampers dia. Diam. Then, keluar balik nak sambung makan. Merengek lagi, macam nak susu pulak. Masuk lagi dalam, bagi susu tapi Umar excited asyik tengok sekeliling. Lampu cantik, rumah banyak hiasan, ada belon warna-warni. Emm.. akhirnya aku decided nak sambung makan.

Tapi, hujan turun dengan lebatnya. Tak boleh nak sambung makan kat luar sebab ada Umar. Duduk je la berborak di ruang tamu. Lepas tu, tuan rumah offer kalau nak makan aiskrim, boleh ambil dalam fridge kat belakang rumah. Puas pujuk suamiku tolong ambilkan. Bila suamiku pergi, akhirnya aiskrim tu dah habis. Bila tengok ada tetamu lain bawa food ke dalam rumah sebab hujan, sekali lagi minta tolong suamiku ambilkan makanan tapi mungkin dah malu agaknya dari tadi makan tak selesai-selesai. Tak terambil makanan. Akhirnya, dalam sedikit grumpy, aku ajak suamiku balik. Dalam hujan-hujan menunggu suamiku bawa kereta ke depan rumah, sempat juga menjeling ke arah makanan yang sedang dikemaskan

ALANGKAH BETAPA IA BUKAN REZKIKU!

Dalam kereta, wajahku agak suram. Suamiku sedar itu dan bertanya kenapa. Tanpa segan aku beritahu. Aku lapar, tak sempat nak makan. Lantas kami bercadang untuk makan dan bersiar-siar di Putrajaya. Memang rancangan awal untuk ke Bangi, ziarah keluarga abang iparku dan bawa Umar berjalan-jalan di Wetland Putrajaya. Aku pun belum pernah ke sana sebenarnya. Bila call abang ipar, katanya ajak datang ke rumah dulu then baru pergi bersama-sama ke sana. Emm.. menahan lapar lagi.

Bila dah sampai Bangi, perut menyanyi dengan hebat. Tapi sempat mandikan si Umar dan bermain-main dengan anak saudaraku yang berdua tu. Aida dan Adam. Akhirnya, dalam sekitar 8mlm kami bergerak ke Alamanda, Putrajaya. Abang iparku belanja makan di Johnny’s Restaurant (entah betul ke tak eja sebab tak pernah tahu restoran tu sebelum ni). MasyaAllah, ramainya orang kaya-kaya kat Malaysia ni dalam fikiranku. Terpaksa tunggu lagi sebab terlalu ramai orang booking meja. Bila dah dapat seat, Alhamdulillah. Teruja nak makan di restoran mahal-mahal ni. Rupa-rupanya itu restoran steamboat. Ada udang, ketam etc yang aku tak boleh makan pun sebenarnya!!! Hanya ada nasi goreng sepinggan kecik yang share berdua dengan suamiku. Bila suap 2 sudu, dah habis.

Riak wajahku berubah, suamiku sedar lagi. Aku buat-buat main dengan Umar. Alhamdulillah, Umar lapar juga dan merengek-rengek nak susu. ALHAMDULILLAH!!! Sebab airmata dah nak menitis, menahan lapar yang teramat. Setelah minta izin untuk ke baby’s changing room untuk susukan Umar, aku beredar sorong stroller Umar. Suamiku insisted nak ikut. Keluar je dari restoren, aku terus menangis tak berhenti. Suamiku cuba menenangkan tapi dah tak boleh buat apa dah lagi.

ALANGKAH BETAPA IA SEKALI LAGI BUKAN REZKIKU!

Suamiku cuba memujuk, mahu belikan makanan lain untukku. Tapi, aku menolak. Benar-benar terasa, hari ini, semua rezki tiada untukku. Tak mengapa lah. Aku suruh suamiku kembali ke restoren untuk makan bersama mereka. Setelah aku susukan umar dan redakan perasaan sendiri. Aku bersama dengan mereka hingga akhirnya kami berpisah pulang ke destinasi masing-masing.

Dalam perjalanan pulang, aku dahaga. Teringin nak minum air. Minta tolong suamiku berhenti di stesen minyak berkata dalam nada gurau
"Entah-entah kedai tutup lagi, tak pun air tak jual sebab hari ini kena terima hakikat, hari bukan rezkiku."
Nampak Petronas petrol stesen, park kereta betul-betul depan kedai Petronas. Suamiku keluar dan masuk ke dalam kedai. Pelik, akhirnya suamiku keluar balik. Orang kat dalam stesen tu cakap, kedai dah tutup, dah tak boleh beli. Cuma boleh bayar minyak sahaja. Then, lampu kedai ditutup.. GELAP~

ALANGKAH AIR KOSONG PUN JUGA BUKAN REZKIKU!

Kali ni aku dah tak menangis, tapi tergelak. Benarlah. Rezki itu datang dari Allah. Walaupun sejengkal rezki berada di depanku, tidak juga aku dapat merasa semua itu. Teringat nikmat-nikmat makan, rezki yang diberikan Allah. Mungkin itu adalah tazkirah dari Allah untukku haritu.

Betapa banyak manusia hari ini merasakan rezki itu datang dari usaha semata. Mungkin tak terlahir dengan kata-kata tapi perbuatan mengiyakannya. Sebagai contohnya, mengutamakan kerja dari melaksanakan tuntutan sebagai hamba, ini kukira banyak sekali terjadi dan sudah menjadi lumrah…dan banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh kita lihat. Tu pun kiranya kita faham apa yang dimaksudkan rezki itu datang dari Allah

‘Ala kulli hal…. Alhamdulillah. Disebalik kelaparan, ada juga tazkirah buat diri ini

Salam Huriyyah

Assalamualaikum,

Moga dirahmati Allah buat anda semua. Salam perkenalan dari kami, anak watan yang mempunyai harapan dan impian, sepertimana yang dinukilkan oleh as-Syahid Imam Hasan al-Banna, impian yang kami ingin kongsi bersama anda semua.

Innani saa-i hun yat’hlubu al-haqiqatu,
wa insaanun yabhathu ‘an mad luuli al-insaaniyati bainannaas,
Wamuwat’hinun yanshudu luwath’anihi al-karaamati,
wal-huriyyati, wal-istiqrar, wal-hayatatth’ayyibah,
fi zilali al-islaami al-haniifa.

Ana mutajarridun, adraka sirra wujuu dihi.
Innasholaati, wanusuki, wamahyaya wama maati, lillahirabbil’alamin.

Aku adalah sikelana yang mencari hakikat,
dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia,
dan aku adalah anak watan yang mendambakan kemuliaan,
dan kebebasan, dan kestabilan, dan kehidupan yang baik untuk watannya,
di bawah naungan islam yang lurus.

Saya ialah seorang yang berdedikasi,
dan tahu rahsia kewujudannya.
Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku,
hanyalah untuk Rabb sekelian alam.

as-Syahid Imam Hasan al-Banna.